Lebih Banyak Sektor Mendapat Kelulusan Beroperasi Dari MiTi
KUALA LUMPUR: Lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor bermula hari ini, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).MITI berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, dan dibincangkan bersama antara MITI, Menteri Kewangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
.Kata kenyataan itu, sektor yang dibenarkan adalah sektor elektrik dan elektronik serta rantaiannya; sektor aeroangkasa (penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan); sektor mesin dan peralatan yang khusus kepada pengeluaran produk kesihatan dan makanan; dan syarikat pembuatan makanan dan minuman utama.
![](https://mytemujanji.com/wp-content/uploads/2021/07/miti-building-3_Sme-Malaysia.jpg)